Thursday, October 29, 2009
Sayurran Organik
Bercerita tentang tanaman atau sayuran organik, kaedah amat mudah telah dilaksanakan oleh penanam sayur Cameron Highland, ya itu dgn hanya menggunakan PVC pipe yg ditebuk utk benih dan pengaliran air utk tanaman ianya bukan sahaja bersih malah dapat dituai hasilnya dgn mudah, tanpa perlu kebaruh atau sebagainya... sedikit paparan utk renungan bersama.
Tanam Sayur Komesil
Salam sejahtera, hari ini ramai memilih utk makan makanan organik, sayuran organik, haiwan organik. permintaan yg sebegitu tinggi utk perkara berkenaan ,sepatutnya menjadi peluang yg besar bagi mereka yg ingin menikmatinya.
Tanaman secara begini telah diusahakan diCameron Highland, mereka melaksanakannya secara besar besaran, kita berfikir tak punya ruang utk bercucuk tanam, tetapi pekebun disana biarpun mempunyai ruang yg amat luas ,tetap menggunakan cara ringkas utk menghasilkan tanaman yg bermutu dan mudah utk diselengara.
Lihat saja, apa yg mereka lakukan, bukit bukau digondolkan bukan utk di bina bangunan atau menanam sayuran, tetapi sekadar sebagai tapak sayuran atau tanaman lain..kita juga mampu melaksanakannya dgn bimbingan Jabatan pertanian. Kalau dulu kita di perkenalkan dgn tanama berkelompok, hari ini apa salahnya jika perkara tersebut kita perkenalkan sekali lagi.. mungkin kali ini lebih berjaya..siapa tahu?
Monday, October 12, 2009
Jamuan Hariraya
Tarikh 10hb Oktober 2009, adalah hari berlangsungnya Majlis Hariraya gabungan Tiga Badan JKKK, Zon 1,2 & 3, melihat kepada kehadiran tetamu kemajlis tersebut,ianya sangat membanggakan,lebih dari jangkaan, Alhamdulillah, itu yang kita mahukan.
Ini menjelaskan lagi,bahawa kerjasama ,kombinasi ajk yg dipilih dan dilantik mampu memberi impak besar kedalam badan ini. Mungkin terlalu awal utk menyatakan yg dipilih ini adalah tepat..tetapi rasanya ia semakin menghampiri kearah itu.
Perubahan yg sebelum ini dipertikaikan, semakin meleset, ajk yg ada mampu menunjukkan peningkatan. Keberanian membawa perubahan ,membuka ruang yg lebih luas kepada ajk, hubungan baik dengan masyarakat setempat serta melaksanakan aktiviti bersama amatlah dinanti nantikan,
Kalau sebelum ini , badan ini begitu asing dgn alam siber , era baru ini semakin mendekatinya.
kalau sebelum ini amat sukar utk berjumpa atau mengenali, insyaAllah selepas ini tidak lagi, utk melaksanakan perubahan atau lari dari konsep sebelumnya bukanlah terlalu sukar, cuma pemikiran dikalangan ajk perlu ditukar..Boleh ke? Yakinlah ianya Pasti Boleh dilakukan.
Sebagaimana yg diperkatakan sebelum ini, jika 5 perkara tersebut ujud dalam Majlis ini ,maka 5 pintu dari jutaan pintu yg tertutup telah mula dibuka dan telah mula menampakkan cahaya matahari yg sangat terang .
Thursday, October 8, 2009
Satu Langkah Membuka Pintu.
Salam sejahtera, 10hb Oktober 2009, merupakan satu tarikh penentu arah kerjasama di ketiga tiga Zon JKKK diKg Baru Kerteh, kerana ia merupakan buat julungkalinya melaksanakan satu majlis besar dgn gabungan Tiga Z, tak kiralah apa orang diluar sana perkatakan ,yg jelas matlamat 3Z utk merubah senario yg dibina serta dikekalkan selama ini, diubah sedikit demi sedikit,
Beberapa perkara seharusnya berlaku didalam satu majlis ini..
1-kombinasi ajk3z,
2-Persefahaman melaksanakan tugas
3-Kemampuan mereka yg dipilih ini, yg sebelum ini dipertikai.
4- Kemampuan mengendali Majlis yg besar serta ,
5- penyertaan yg dianggap selama ini orang luar atau golongan Elit kemajlis ini..
andaikata, ujud lima perkara tersebut, maka Lima dari sejuta pintu permasaalahan yg melanda JKKK Kg Baru sebelum ini gagal di buka ,telah dapat dibuka seluas luasnya. dan laluan ini merupakan laluan utama utk kearah mendapatkan pintu pintu lain yg sebelum ini dianggap kebal, dianggap sukar dan sebagainya..
Sehingga hari ini semuanya menunjukkan ke arah positif, dan rasanya langkah ini adalah betul.
Pun begitu kejayaan adalah rakan karib kegagalan, sebab kejayaan akan lebih manis apabila kita merasai bagaimana pedih kegagalan.
Apa yg diharapkan, kegagalan sebelum ini, merupakan ramuan bagi menghasilkan kejayaan selepas ini..
Dan sebagaimana lumrah, apabila ada kejayaan selepas ini akan adapula kejayaan lain yg akan menyusul,tanpa meninggalkan kegagalan yg sentiasa mencari ruang utk mendahului.
Kepada rakan taulan, jika kita melaksanakan tugas kita dgn ikhlas, kita tidak akan pernah merasa penat, jika kita melaksanakannya kerana sesuatu ,maka kita akan terus dikawal nafsu.
Kebaikan atau pengorbanan kita hari ini, pasti akan dibalas, yg pasti kekadang kita sendiri tidak sedar kebaikan kita sebelum ini telah dibalas , pengorbanan kita sebelum ini dah diberi ganjaran
Fikir fikirkanlah.
Sunday, October 4, 2009
Salam sejahtera, hari ini merupakan era baru dalam jkkk Kg Baru Zon1 Kerteh,iaitu cuba keluar dari kebiasaan, cuba menggunakan segala kemudahan siber yg telah lama disediakan, namun hari ini baru berkesempatan utk melaksanakan perubahan dari yg lama kepada yg baru.
Tidak dinafikan lain orang lain caranya, daya pemikiran yg berbezabeza menambah perisa bagi mendepani masalah yg bakal timbul. mahu tidak mahu kita harus mengejar kecanggihan teknologi walau mungkin kita adalah antara yg terlambat pun begitu tidaklah rasanya terlalu lewat. insyaAllah dgn adanya blog ini segala idea dari mereka yg selama ini tidak berpeluang atau kekurangan waktu utk menyatakan pendapat, dapat digunakan sebaik mungkin.
Ketepikan soal politik,ketengahkan idea, apa yg boleh kita sama2 memajukan,mengindahkan Kampung kesayangan kita ini, disini kita berlindung disini kita berpayung disinilah tanah air kita, taka selamanya kita sentiasa menuding jari kearah orang lain sedangkan empat jari lagi menuding kearah kita sendiri. Bergaduh bermasam muka bukan harapan kita bukan juga tujuan kita ,yg penting kemakmuran kedamaian, kita bukanlah manusia yg sempurna sebab sebahagian kesempurnaan kita berada pada manusia lain, begitu juga kesempurnaan manusia lain sebenarnya ada pada kita.oleh yg demikian jika kita bersatu atau bergabung kita menjadi manusia yg amat hebat..fikir fikirkan..
perbincangan bukan perlu ditempat lima bintang, hatta dimana mana pun boleh asalkan nawaitu kita betul.. Semoga Zon 1 keluar dari kepompong lamanya....Mudahmudahan...Amiiiiiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)