Thursday, May 31, 2012

Kesan Penyakit anda


Selamat sejahtera kepada pembaca sekalian..adehh ada ke yang baca aritikel aku neh hik3..takperlah kalo tader pong hik3..cara mudah kita mengesan penyakit kira selain pergi ke Hospital atau klinik .kat tok bomoh kat ustaz atau tok kadi..OPSS  Tok Kadi?? kuang3..keh3..bercerita tentang penyakit ini, kita dapat mengetahui nya melalui tapak kaki kita ..hmmm korang dah tahu..saje aku bagitahu..sebab ada juga aku tengok sesetengannya bejalan pakai kasut atas batu yang di susun tu..tanggalkan kasut berjalan perlahanlahan kita akan terasa sakit dibahagiantertentu sekiranya bahagia berkenaan bermasalah...cuti sekolah ni pasti korang banyak berjalan..sama ada ke ttempat peranginan taman2..sebahagiannya ada menyediakan kawasa ataupun kemudahan ini..jadi tak salahnak try sekali tengok..free jerr keh3 selamat mencuba.

Saturday, May 26, 2012

Anyaman Mengkuang Kg Chabang


Salam sejahtera..beberapa hari ni agak sibuk mencari apa nak di suapkan dlm blog ni..tambahan intenet dirumah masih belum di repair kena kilat baru2 ni..aku ni jenis malas nak off bila dah guna..haaa AMEKKAWW..senyap terus modem aku keh3..hrmmm..nak kene beli baru le tu..adehhh..

Ok berbalek kepada topik harini, aku baru ni jalan2 ke Cherating dgn beberapa orang melihat cara mereka mengayam mengkuang, untuk dijadikan tikar..dari sebidang tikar..dibuatkan pula beg beg kecil..tempat letak surat yg berbagai bentuk..kerana mengikut peredaram masa..contohnya di buat gambar Angry bird dan sentiasa buat yang terkini..kerana pasaranya bukan hanya golongan kita melayu tetapi semua kaum..jadi rekaannya kena berbagai..pelanggannya dari org dewasa sampailah ke budak kecik..haaa tulah fasallll kena reka gak yg katun katun tuu..bagusnya mereka ni ramah tamah bercerita dan berspeaking orang putih sebutir dua..oklah..kadang2 mereka ni tak faham bahasa melayu..jadi kalau campur aduk tu bolehlah mereka faham udoh udoh..hik3..


Beberapa hari lepastu aku tinjau, aku terfikir nak ke Kg Chabang..singgahlah aku ni minum berhampiran dewan baru Kg Chabang..terpandang lah aku kat sorang makcik yang sedang menganyam tikar..aku pun terus kesitu bertanya khabar dan bercerita secara spontan..Hmm basicnya dah ada..cuma kena upgrade sikit lagi..memang akan mendapat sambutan...melalui jaring aku intai hasil tangan yg dibuat memang menarik dan boleh dipasarkan..mungkin perbincangan lebih teliti dengan mereka akan membawa satu dimensi baru untuk anyaman mengkuang di Kg Chabang Kerteh

Monday, May 21, 2012

Fenomena ikan

Ikan..makanan kegemaran bukan hanya manusia tetapi makhluk lain juga di dunia ini, ikan adalah hidupan air yang yang menjadi sumber pandapatan kepada nelayan, peraih ikan, juga penjual ikan..biasanya ikan besar2 atau ikan berkumpulan ditangkap dikawasan yang agak dalam..tetapi akhir2 ini ikan yang biasanya bermain dikawasan dalam lebih suka  bermain di persisiran pantai..ada bestnya dan ada gusarnya..kerana pengalaman lepas bila perkara ini berlaku ..akan ada ombak besar yang menggerunkan akan melanda..semoga mereka tidak akan serik...kalau mereka (Nelayan) serik utk kelaut..makan ikan kotak le kita...jadi jangan padang sebelah mata jasa dorang...chayok chayokkk

Saturday, May 19, 2012

Awana Kijal

kolam renang terbesar didaerah ini

Destinasi yang sangat dikenali di area ini, sebahagian dari kta pernah kesini, menikmati hidangannya, merasai keselesaan bilik mewahnya, atau bermandi manda dikolamnya, kolam renang terbesar di kawasan sini, sesiapa pun akan teruja..apatah lagi anak2 kita..denga RM20tanpa tuala,  kita boleh menggunakan kolam ini semau mungkin..kalau dah sejuk taktahan..kita boleh panaskan badan diruang jakuzi..setelah tempreture kembali normal..jommm mandi lagi..jom kita pakat try keh3

Friday, May 18, 2012

Petunjuk Zaman: Pembangunan Mekah dan Kedatangan Dajjal

Petunjuk Zaman: Pembangunan Mekah dan Kedatangan Dajjal: Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang mengalami pembangunan kome...

Keropok Lekor aka Kepok Gondei

Keropok (Kepok dlm base Gannu)..di minati ramai rakyat Malaysia..samaada makan selepas dimasak spt dlm gambar (kepok rebus) atau digoreng..atau digoreng celop tepung..di cicah dengan sos buatan sendiri..atau di makan bersama mee goreng..ermmm best woo..mmg best..tapi tengok jugalah ikan apa yang digunakan..Ikan selayang contohnya sangat sedap..pada akulah..hik3..pada korang taktahulah..keropok ni adunan dari ikan dan tepung sagu..ada juga yang masukkan tepung kanji biar dia nyunyut sikit..keh3  Nyunyut???..ada rasa liat2 sikit...elehhh itu pun nak kene kabor?? (Bagitahu)..hik3 jomlah makang kepok (di Negeri lain kepok membawa maksud Binaan dipusara. ) di Teganu ni main short cut jer..Kut Alik Nu....(Ikut Balik Sana)..hik3 pasni kene ngajor base Gannu la plak hik3..Lek Luuu (relax lah duluuu...keh3)

Thursday, May 17, 2012

Ikan pais


Ikan pais atau pais ikan benda yang sama..dibalut dengan daun pisang sesetengannya dengan daun mengkudu (jika tidak silap) menghasilkan aroma yang sangat mengugat selera..ikan di gaul dengan rempah dibalut dan dipanggang macam ni haa..ini adalah makanan tradisi di komesilkan sedikit demi sedikit..akhirnya popular digemari generasi hari ini..pais ikan ni biasanya terdapat digerai yang berhampiran perkampungan nelayan..sebab mudah untuk mendapatkan bekalan ikan...dah rasa?..er belum pernah rasa?..jom kita try...hik3..





Wednesday, May 16, 2012

colorful


Keh3..aku jumpa kat satu tempat aktiviti..ni..di pakai oleh seorang remaja perempuan..apa yang menariknya??..tali kasutnya yang menarik perhatian saya..jika dahulu nak pakai tali kasut macam ni?..baik jalan kaki ayam keh3..malu wooo..hak3..tapi sekarang segalanya berubah..idea terus datang mencurah ,cuma luahkan menjadi realiti pasti akan menjadi duit..mencermin peribadi si pemakai yang memang ceria..hepi sokmo..

Monday, May 14, 2012

Renungan Ibu

Ibu engkaulah ratu hatiku...memang tepat ayat itu..saya terpandang situasi ini semasa menghadiri satu aktiviti di Kerteh bulan lepas, saya tersentuh sebab melihat betapa ibu ini sanggup membawa anak2nya tanpa keluh kesah malah sentiasa senyum dengan kerenah anak2nya.merenung manja akan keletah anak2nya, buat saya tersentuh..sesungguhnya jawatan ibu sangat hebat..Semoga anda sentiasa didalam rahmatNYA Amiinn..

Sunday, May 13, 2012

Harimau makan orang

AMEKAWWW!! hik3..kita sering berkunjung ke Zoo atau safari..atau lebih hebat lagi open safari..sbb kita nak rasa adventure ..hmmm saya kira korang ada terbaca atau mendengar berita terutama serangan binatang dlm zoo ini..terbaru disalah satu safari tetamu diserang cheetah kerana nak selamatkan seorang budak juga dibaham cheetah..itulah risiko atau adventure yg mereka nak rasa agaknya..haaa ada juga pelatih dibaham oleh yang dilatih contohnya buaya ,harimau, gajah dan banyak lagi...jadi hari aku nak cerita kat koranglah..kalo korang nak rasa adventure cam tu..tak payah pergi jauh jauhhh..kat kampung kita ni ha ada jugakk...keh3..terutama Orang Kemaman meh ler kat Mini Zoo Kemaman, mung (Kamu) boleh try gok main dengan rimau neh nak??..ada berani??..kalo tak berani ..tengok gambar sudah hak3..

Friday, May 11, 2012

Nama Lorong

Salam sejahtera, beberapa hari lepas ada sedikit ruang untuk keliling kampung,  dengan kesibukan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ..sama sibuknya pekerja yang mula keluar bekerja..aku sama sibuk mencari isu2 yang boleh diketengahkan, ..setelah meronda tak berapa lama aku perasan ada beberapa lorong atau jalan2 dlm kampung ni..telah hilang  nama jalan  (signaged) yang tinggal hanya tiang yg terpacak..nasib baik terpacak lagi ..ada yg menjadi usahawan dengan tiang2 tu di curi...hik3.memang dah saya utarakan perkara ni dahulu..tapi masih lagi kekal tidak berubah..oh mungkin saya bukan MB atau YB.cakap apa?...hik3...kepada pentadbir kampung.tengok2lah kampung kita..buat sedaya upaya ajk mungkin 17-18 orang ronda2lah check2lah kampung kita..dehhh..malu oo  org luar tengok cara kita urus kampung..:)  sori orang kampung :)


Keropok Lekor dan Penyu

Keropok Lekor..apabila masyarakat luar berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman ini, yang terpancar di ingatan mereka hanya dua KEROPOK dan PENYU lambang atau trademark 
Negeri yang aman dan bertuah ini...Bila penggunjung datang ke sini mereka akan bertanya dimana keropok yang paling sedap kat sini?...jika pertanyaan itu di kawasan kemaman maka kita kata di KUALA KEMAMAN..jika pertanyaan itu di Kuala Terengganu maka jawapannya adalah LOSONG.jika pertanyaan itu di Merang maka kita akan katakan di Kelulut pun memang best doh.pendek kata keropok Terengganu memang best..tetapi sebagai penggemar keropok..dan kita memang berhasrat mahu mempopularkan makanan tradisional ini..kita kena rekeman yang terbaik untuk pelancung (Tak kiralah pelancung dalam atau luar negara).janji kita beri yang terbaik untuk mereka....jika kita mampu bercerita dari awal proses pembuatannya itu lagi baik..menunjukkan kita orang Terengganu memang mahir dan tahu tentang keropok...



Begitu juga dengan penyu..kalau dulu terkenal dirantau abang kini hanya tinggal kenangan...hanya santuary nya yang masih berfungsi..merajukkah penyu yang selalu di jadikan alat tunggangan sewaktu mereka hendak atau selepas bertelur?...itulah pusingan alam..jika kita jaga dengan baik maka baiklah yang kita terima jika sebaliknya maka kita terimalah ketentuannya.. semoga musim Penyu ini Terengganu akan Kembali meriah

Thursday, May 10, 2012

Menara Yayasan Islam Terengganu


Korang pernah ke sini?..atau belum pernah?..bangunanan ni terletak di Alamat: MENARA YAYASAN ISLAM TERENGGANU, TINGKAT 9,10 & 11,. JALAN SULTAN OMAR. KUALA TERENGGANU. TERENGGANU. 20300 ...


Apa ada kat bangunan ni?.ianya terdapat pejabat CIDB , SSM, KOPYIT  hanya sebut beberapa nama sahaja...ini kadang2 kalangan kita tidak tahu kat mana pejabat CIDB kat Kuala Terengganu, nak claim nak perbahrui kad hijau dan segala macam urusan..jgn risau..mengikut pengalaman aku yang dah 2-3kali berurusan mereka semuanya mesra alam, seperkara yang aku nak ingatkan korang , bila berurusan hal2 macam ni bawalah orang rumah atau anak2 yang boleh faham untuk berurusan, bukan apa, bila berlaku sesuatu yg tidak diingini..mereka tahu mana nak tuju, kat mana nak berurusan..tidak mengharapkan orang lain..kadang2 mereka bukan tolong saja saja..fahamkan?..:)

Makan sajer

Dah menjadi tradisi sestengan kalangan kita, makan diluar sesekali memang best. terutama bersama keluarga atau kawan2, baru2 ni aku ke Gerai Ikan Bakar Kat Kuala Kerteh, aku seperti biasa oder apa yang patut, hampir selesai makan, seorang wanita cina yg ramah sambil berkata "wahh banyak makan saya oder tak habis banyak sangat..ingatkan siket.order saya datang seploh orang boleh mkan duapuluh orang woo" katanya dlm keadaan gembira dalam kekenyangan..saya bertanya pada dia datang dari mana?..katanya dari Kuantan..ini first time datang kami check in Awana dia orang kata sini ikan bakar best dan murah...aku mengangguk..aku beritahu dia mungkin you datang sepuluh orang dan order satu makanan untuk sepuluh orang tentu banyak...betul2 kata dia pada aku..ooo lain kali saya sudah faham datang 10 order utk 5 org saja...yup betul kata saya....sebenarnya hepi juga bila ada orang memujikan makanan disitu banyak dan sedap..sebab yang mengusahakannya tu orang Kerteh jati.bukan import mari...Tahniah pada aku aku bangga bangsa aku berjaya..:)


Tuesday, May 8, 2012

1 Malaysia Chopper

Mungkin ada kalangan korang belom pernah tengok chopper 1Malaysia..haaa inilah rupanya..besau mantap buatan pembuat motosikal chopper ternama Orange Country Chopper yg diketuai oleh Paul Senior, diserahkan pada 23 Mac 2012 yg lalu dalam satu majlis gemilang.apapun korang saksikanlah hik3...

Monday, May 7, 2012

BR1M



Dalam rondaan kampung hari ni memang berbaloi, kebetulan hari juga adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di adakan didewan sivik Kerteh (org sini sebut Ketey)..hak3.aku lihat berbagai gelagat yg terdapat waktu itu..duduk conggok..duduk melanggut isap rokok berbual dgn rakan2 lama ada juga yang dah setahun tak jumpa tiba tiba berpeluk sakan cium pipi riangnya mereka..ada juga warga emas yang dipapah oleh dua anak mereka turut datang menerima BR1M..ada juga rakan2 yang tak bertemu sekian lama bersembang sambil menceritakan perihal masing2..dulunya bersuami sekarang dah kembali sendiri, dulu sendiri sekarang dah 2-3 anaknya...begitulah lumrahnya..sempat juga aku meminta penerima menunjukkan surat yang mereka dapat utk aku rakam sebagai tontonan korang semua..tapi baucher aku takdapatnak rakam..eh korang pun mungkin dapat kot hak3..apapun selamat membaca..ngeh3

Indahnya Hidup Bekeluarga


Salam sejahtera, hari ni aku cuti, maka ada ruang untuk ronda kampung,mencari sesuatu utk ditulis agar anda korang dapat menatapnya apabila kesini..takler boring sangat  keh3..aku ronda sampai ke Kapong (sebut kapong ni ,org ketey tahhu selalu doh duaner keh3) lalu depan Dewan sivik terpampang poster ni..Wahh Penceramah mmg diminati W.Akashah dan Isteri Siti Nur Bahyah.. melalui tajuknya aku agak patutnya semua golongan  perlu hadir..yg bujang..,yg belum kawin duuuuwa hak3... , yg nak kawin hatta yang dah kawin pun.memang patut sangat datang..kerana saban hari kita dengar tentang keruntuhan rumah tangga..tak kira golongan..muda atau tua , yang dah 20-30tahun kawin ttp bermasalah jadi dengan ceramah yg ada depan mata ni elok sangatlah kita luangkan sedikit masa utk majlis ilmu ini..ajak suami atau isteri.nescaya.makin erat hubungan nanti..silaturahim pun bertambah utuh nanti..InsyaAllah.

Saturday, May 5, 2012

Biawak


Reptilia yang memakan sisa buangan atau bangkai..aku jumpa ni di longkang belakang tempat aku tinggal, biasanya kecil jer tapi yang ni agak besar ,gemuk, zahirnya nampak sihat..kalo tak sihat pun takkan dia nak klinik hik3..apsal cerita biawak pulak hari ni?..keh3, yang aku nak sampaikan adalah bukan sahaja penduduk kampung baru ni ramai yang mewah dgn rumah yg besar2 makanan yang banyak  dengan rezeki yang melimpah ruah, kesannya ,reptilia ini juga mendapat tempiasnya..dengan memakan sisa yang kita tinggalkan atau yang kita biarkan..itulah kebesaran Yang Maha Kuasa..apa yang diciptanya ada peranannya tersendiri..chewahhh..hak3..adakala kita takutkannya mungkin juga kita membencinya..tapi dia ada tugasnya sendiri dibumi ini.jadi biarkanlah dia hidup..:)

Tuesday, May 1, 2012

Mu mu .Aku aku

Salam sejahtera, dewasa ini Kg Baru Kerteh merupakan penempatan pekerja petroliam nasional petronas yang memiliki rumah bagaikan istana, sementara penduduk asal bagaikan rumah setinggan..tidak dinafikan sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain semakin menular..disebabkan waktu kerja yang berbeza cara hidup yang berbeza yang hanya satu penyatu dan tempat bersembang paling sesuai adalah surau atau masjid..Kg Baru sangat terkenal dengan surau biru..bagaimana pun jika melihat kedalamnya hanya 2% orang tempatan selebihnya orang mendatang..ini menyebabkan semakin renggang hubungan antara masyarakat setempat..mungkin rasa rendah diri yang sangat kuat menyebabkan sikap mu aku semakin menebal..mungkin ada sesuatu yang akan mendekatkan kembali silaturahim yg semakin tercemar ini..