Friday, November 30, 2012

Banjir Kilat & Nilai murni




Beberapa hari lepas berlaku banjir kilat di jalan raya depan Bank Rakyat Kg baru kita ni.. mungkin tersilap andaian pemandu Wanita ini membelok kekiri yg menyangka itu adalah laluan utk ke bank rakyat.. akhir nya tayar kereta yg dipandu termasuk dlm kedalam longkang.. 

setelah mencuba beberapa kali gagal utk keluar dari longkang tersebut.. maka beberapa anak muda yg ada di situ tanpa disuruh spontan keluar walau dlm hujan cuba mengangkat kenderaan berkenaan, ada yg menjaga laluan semua nya teratur seninggalah kenderaan tersebut berjaya di keluarkan dgn bantuan sebuah 4x4,  apa yg ingin diutarakan disini betapa sikap kemanusiaan itu masih ujud.. 

Tapi berapa ramai kita yg berterimakasih kpd mereka yg membantu kita.. beranikah kita menumpangkan  mereka yg terdesak  kerana tiada kenderaan??.. "tentu banyak yg perlu diambil kira kan?...

Friday, November 23, 2012

Gelanggang Futsal

Amekaw..hak3 setiap kampung satu gelanggang futsal..begitulah perihatinya Menteri Belia kita..setiap kampung diberi satu gelanggan futsal .semuanya utk para belia beriadah..sebenarnya boleh dikatakan gelanggang sebenarnya multi purpose..lengkap segala macam permainan..terpulang pada korang menggunakannya dgn baik..jika tiada vandalisme tahan lamalah, dgn penjagaan yg sempurna akan menambah hayat kemudahan ini..

Sumbangan yg diberi biarlah berbaloi pengunaannya..semoga kita dapat menikmati kemudahan yg ada sebaik mungkin..JKKK persatuan Belia diharap bergabung tenaga menjaga jgn nanti jadi sesuatu diluar jangkaan kita..anjurkan pertandingan2 yg membawa keakraban sesama kita ..semoga sukan mengeratkan kita semua.Terima kasih