Tuesday, April 14, 2015

jom kayuh xpdcke Kg Chabang

Programni pertama kali dianjurkan oleh pemuda dan wanita Kg baru, ianya merupakan pengalaman pertama mengadakan program sebegini, sebenarnya bukan senang jika tiada pengalaman utk melaksanakan satu satu tugas..apapun tahniah , walaupun bukan yang tebaik tetapi sempurna..GOOD JOB





Semoga anda terhibur, kepada peserta terima kasih diatas sokongan anda, tapi dari  anda  memang program ni enjoy...klik disini  

https://www.youtube.com/watch?v=oSXAob9_obs&feature=youtu.be

JOM KAYUH Kg Baru Kerteh

Flag off oleh Aziee

berlangsung dengan jaya nya pada 4.4.2015,perjalanan yang sangat teratur biarpun dikendalikan oleh mereka yang KOSONG pengalaman untuk program sebegini..dan pada mereka sangat besar ertinya.


"Antara aktiviti yang perlu dilaksanakan"


Tiada ketua yang sepatutnya menunjuk arah tetapi mereka berusaha melaksanakan dengan bantuan orang yang lebih ariff dalam hal sebegini..begitulah kitaran kehidupan, bila semua berjalan lancar dan berjaya..adalah suara sumbang yang menyatakan mereka dipinggirkan..mereka tidak bersama dari awal..mereka di beritahu bila acara dah berlangsung...

Bukan apa..bagaimana jika program itu gagal??..mereka dah selamat sbb tak nak terlibat dari awal..mereka selamat kerana menjauhkan diri dari awal..itu tindakan PENAKUT dalam sesebuah pertubuhan..kerana mereka tidak pernah yakin akan kemampuan pasukan mereka sendiri.


"Santai dengan penduduk kampung yang ramah tamah"


Apapun WELL DONE pada ajk yang nekad, komited untuk meneruskan jom kayuh ini..sekalung tanhiah untuk anda..program ini sangat besar utk ajk kerdil macam kamu..

TAHNIAHH...

Wednesday, April 1, 2015

Kg Baru Kerteh JOM KAYUH

Dah lama tak menulis, kadang2 kebizian yang melanda sampai sampai tak fokus..walau bagaimanapun ini lah kehidupan,walauapa pun ruang yang ada perlu di isi tak kesah asal membawa kebaikan pada diri sendiri dan masyarakat.

ok tahun baru hadir dengan bermacam persoalan hadir dengan kerisauan GST minyak yang diapung, fenomena cuaca panas ..gerhana bulan yang beratus tahun lagi baru kita temui ,pencerobohan tanah pencerobohan hutan penguasaan warga asing dalam perniagaan yang sepatutnya milik rakyat tempatan dan berbagai.

Mungkin terlalu berat untuk orang awam macam saya nak memikirkan, walau bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan,

Harini saya nak bagi info sedikit mengenai JOM KAYUH program Mencari misteri berbasikal dari Dataran Kg Baru Kerteh ke Air Terjun Menderu di Kg Chabang juga dikerteh.sekitar 1jam perjalanan biasa..cuma dengan permukaan bumi yang turun naikk pasti memeritkan pada mereka yang jrg berbasikal dan juga yang hanya menggunakan basikal fixie .

Berusaha keras tanpa mengaku kalah..akhirnya hanya menunggu hari  sabtu 4.4.2015 untuk memulakan kayuhan keramat, dimana akan mencatatkan sejarah acara ini dapt dilaksanakan tanpa nama nama besar dlm kampung..tetapi terus melangkah walau mempengerusikan mesyuarat pun tungangg langgang..tetapi tak apa mereka perlu belajar dan diberi tunjuk ajar..berkat kesabaran ketekunan dan doa sokongan dari luar dtg mencurah dan sangat memberangsangkan..berbanding sokongan dari dlm yg sangat mendukacitakan .

Wahai anak muda teruskan perjuangan mu..biar yang tua terus kaku beku dan kelu tetapi terus ingin mengaku sebagai mereka makan garam dahulu..tinggalkan mereka ..mereka bukan siapa siapa, yang penting kamu akan menerajui pimpinan kampung ini..terus maju...JOM KAYUH