Dah lama tak menulis, kadang2 kebizian yang melanda sampai sampai tak fokus..walau bagaimanapun ini lah kehidupan,walauapa pun ruang yang ada perlu di isi tak kesah asal membawa kebaikan pada diri sendiri dan masyarakat.
ok tahun baru hadir dengan bermacam persoalan hadir dengan kerisauan GST minyak yang diapung, fenomena cuaca panas ..gerhana bulan yang beratus tahun lagi baru kita temui ,pencerobohan tanah pencerobohan hutan penguasaan warga asing dalam perniagaan yang sepatutnya milik rakyat tempatan dan berbagai.
Mungkin terlalu berat untuk orang awam macam saya nak memikirkan, walau bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan,
Harini saya nak bagi info sedikit mengenai JOM KAYUH program Mencari misteri berbasikal dari Dataran Kg Baru Kerteh ke Air Terjun Menderu di Kg Chabang juga dikerteh.sekitar 1jam perjalanan biasa..cuma dengan permukaan bumi yang turun naikk pasti memeritkan pada mereka yang jrg berbasikal dan juga yang hanya menggunakan basikal fixie .
Berusaha keras tanpa mengaku kalah..akhirnya hanya menunggu hari sabtu 4.4.2015 untuk memulakan kayuhan keramat, dimana akan mencatatkan sejarah acara ini dapt dilaksanakan tanpa nama nama besar dlm kampung..tetapi terus melangkah walau mempengerusikan mesyuarat pun tungangg langgang..tetapi tak apa mereka perlu belajar dan diberi tunjuk ajar..berkat kesabaran ketekunan dan doa sokongan dari luar dtg mencurah dan sangat memberangsangkan..berbanding sokongan dari dlm yg sangat mendukacitakan .
Wahai anak muda teruskan perjuangan mu..biar yang tua terus kaku beku dan kelu tetapi terus ingin mengaku sebagai mereka makan garam dahulu..tinggalkan mereka ..mereka bukan siapa siapa, yang penting kamu akan menerajui pimpinan kampung ini..terus maju...JOM KAYUH
No comments:
Post a Comment
Lembaran baru