Monday, July 13, 2015
Bangsal Silat
Silat merupakan warisan tradisi yang penuh dengan semangat keperwiraan melayu , Silat sangat sinonim dengan orang melayu sebagaimana sinonimnya kungfu dengan orang Cina, Silambam dengan orang India, Idea dan usaha menjayakan perkara ini sangat dipuji kerana ianya mengembalikan semula tradisi yang semakin terpinggir, walau kita tahu silat kini di pertontonkan secara kormesil deangan nama silat olahraga.
Usaha murni sebegini adakalanya disalah ertikan atau ada yang berfikiran negative, unsur2 cabar mencabar menguji siapa hebat adalah diharapkan tidak ujud didalam usaha menghidupkan warisan tradisi ini. adalah diharapkan bangsal atau gelanggang silat ini akan kekal malah di hiasi dengan lebih sempurna agar ianya dapat dijadikan tempat pelancungan yang bermaklumat.,Bukan sekadar bangsal silat biasa ditinggal terbiar sehingga menyakitkan mata yang memandang
Kita sepatutnya menjadi perintis kearah kemodenan bangsal silat..era baru..mungkin aneh bunyinya tetapi tidak mustahil...
Tahniah..
Saturday, July 11, 2015
Penyu di Kerteh
Penyu dikerteh??..ko biar betul?..ermm mungkin itulah yang ada difikiran ramai dikalangan kita, apa tidaknya, biasanya penyu hanya dikaitkan dengan Rantau Abang atau Teluk Maknik kerana disanlah akan kita lihat betapa banyaknya penyu mendarat serta dengan pusat penetasanya.
Kalu dikerteh ,mungkin hanya segelintir sahaja yang tahu, yang pasti orang akan sangat maklum dengan Maa Daerah kawasan larangan khusus tempat pemuliharaan penyu.
Untuk pengetahuan Terengganu sangan bertuah kerana kebanyakan pantainya adalah destinasi penyu tidak terkecuali diKerteh, cuma kehadirannya agak berkurangan jika dibandingkan dengan pantai yang disebutkan tadi, tetapi amat berbaloi jika ianya dijadikan produk pelancungan atau daya tarikan untuk Kawasan Kerteh.
Pelbagai element yang boleh diselitkan semasa menunggu dan selepas penyu bertelur, contoh melihat cara mengesan telur penyu, menanam semula telur penyu dikawasan pemuliharaan seterusnya melepaskan anak penyu, mungkin sedikit bayaran dikenakan tetapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan pengalaman yang diperolehi...Semoga Kg Baru akan menjadi hub utk melihat penyu bertelur suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)