Penyu dikerteh??..ko biar betul?..ermm mungkin itulah yang ada difikiran ramai dikalangan kita, apa tidaknya, biasanya penyu hanya dikaitkan dengan Rantau Abang atau Teluk Maknik kerana disanlah akan kita lihat betapa banyaknya penyu mendarat serta dengan pusat penetasanya.
Kalu dikerteh ,mungkin hanya segelintir sahaja yang tahu, yang pasti orang akan sangat maklum dengan Maa Daerah kawasan larangan khusus tempat pemuliharaan penyu.
Untuk pengetahuan Terengganu sangan bertuah kerana kebanyakan pantainya adalah destinasi penyu tidak terkecuali diKerteh, cuma kehadirannya agak berkurangan jika dibandingkan dengan pantai yang disebutkan tadi, tetapi amat berbaloi jika ianya dijadikan produk pelancungan atau daya tarikan untuk Kawasan Kerteh.
Pelbagai element yang boleh diselitkan semasa menunggu dan selepas penyu bertelur, contoh melihat cara mengesan telur penyu, menanam semula telur penyu dikawasan pemuliharaan seterusnya melepaskan anak penyu, mungkin sedikit bayaran dikenakan tetapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan pengalaman yang diperolehi...Semoga Kg Baru akan menjadi hub utk melihat penyu bertelur suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment
Lembaran baru