Tuesday, May 8, 2012
1 Malaysia Chopper
Mungkin ada kalangan korang belom pernah tengok chopper 1Malaysia..haaa inilah rupanya..besau mantap buatan pembuat motosikal chopper ternama Orange Country Chopper yg diketuai oleh Paul Senior, diserahkan pada 23 Mac 2012 yg lalu dalam satu majlis gemilang.apapun korang saksikanlah hik3...
Monday, May 7, 2012
BR1M
Dalam rondaan kampung hari ni memang berbaloi, kebetulan hari juga adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di adakan didewan sivik Kerteh (org sini sebut Ketey)..hak3.aku lihat berbagai gelagat yg terdapat waktu itu..duduk conggok..duduk melanggut isap rokok berbual dgn rakan2 lama ada juga yang dah setahun tak jumpa tiba tiba berpeluk sakan cium pipi riangnya mereka..ada juga warga emas yang dipapah oleh dua anak mereka turut datang menerima BR1M..ada juga rakan2 yang tak bertemu sekian lama bersembang sambil menceritakan perihal masing2..dulunya bersuami sekarang dah kembali sendiri, dulu sendiri sekarang dah 2-3 anaknya...begitulah lumrahnya..sempat juga aku meminta penerima menunjukkan surat yang mereka dapat utk aku rakam sebagai tontonan korang semua..tapi baucher aku takdapatnak rakam..eh korang pun mungkin dapat kot hak3..apapun selamat membaca..ngeh3
Indahnya Hidup Bekeluarga
Salam sejahtera, hari ni aku cuti, maka ada ruang untuk ronda kampung,mencari sesuatu utk ditulis agar anda korang dapat menatapnya apabila kesini..takler boring sangat keh3..aku ronda sampai ke Kapong (sebut kapong ni ,org ketey tahhu selalu doh duaner keh3) lalu depan Dewan sivik terpampang poster ni..Wahh Penceramah mmg diminati W.Akashah dan Isteri Siti Nur Bahyah.. melalui tajuknya aku agak patutnya semua golongan perlu hadir..yg bujang..,yg belum kawin duuuuwa hak3... , yg nak kawin hatta yang dah kawin pun.memang patut sangat datang..kerana saban hari kita dengar tentang keruntuhan rumah tangga..tak kira golongan..muda atau tua , yang dah 20-30tahun kawin ttp bermasalah jadi dengan ceramah yg ada depan mata ni elok sangatlah kita luangkan sedikit masa utk majlis ilmu ini..ajak suami atau isteri.nescaya.makin erat hubungan nanti..silaturahim pun bertambah utuh nanti..InsyaAllah.
Saturday, May 5, 2012
Biawak
Reptilia yang memakan sisa buangan atau bangkai..aku jumpa ni di longkang belakang tempat aku tinggal, biasanya kecil jer tapi yang ni agak besar ,gemuk, zahirnya nampak sihat..kalo tak sihat pun takkan dia nak klinik hik3..apsal cerita biawak pulak hari ni?..keh3, yang aku nak sampaikan adalah bukan sahaja penduduk kampung baru ni ramai yang mewah dgn rumah yg besar2 makanan yang banyak dengan rezeki yang melimpah ruah, kesannya ,reptilia ini juga mendapat tempiasnya..dengan memakan sisa yang kita tinggalkan atau yang kita biarkan..itulah kebesaran Yang Maha Kuasa..apa yang diciptanya ada peranannya tersendiri..chewahhh..hak3..adakala kita takutkannya mungkin juga kita membencinya..tapi dia ada tugasnya sendiri dibumi ini.jadi biarkanlah dia hidup..:)
Tuesday, May 1, 2012
Mu mu .Aku aku
Salam sejahtera, dewasa ini Kg Baru Kerteh merupakan penempatan pekerja petroliam nasional petronas yang memiliki rumah bagaikan istana, sementara penduduk asal bagaikan rumah setinggan..tidak dinafikan sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain semakin menular..disebabkan waktu kerja yang berbeza cara hidup yang berbeza yang hanya satu penyatu dan tempat bersembang paling sesuai adalah surau atau masjid..Kg Baru sangat terkenal dengan surau biru..bagaimana pun jika melihat kedalamnya hanya 2% orang tempatan selebihnya orang mendatang..ini menyebabkan semakin renggang hubungan antara masyarakat setempat..mungkin rasa rendah diri yang sangat kuat menyebabkan sikap mu aku semakin menebal..mungkin ada sesuatu yang akan mendekatkan kembali silaturahim yg semakin tercemar ini..
Thursday, April 26, 2012
Sampah dan Khinzir
Banyak perkara yang berlaku sekitar Kg Baru Kerteh dalam sebulan dua ini, Kebakaran rumah anak Poksu Wahab...Kematian Pokman lorong Tanjung dan beberapa peristiwa lain turut menjadi rutin harian yang sering kita dengari..Ramai yang terlepas pandang semakin bayank kelihatan anjing liar..babi tanpa segan2 mengeledah tong sampah pada siang hari..selamberlenn jer dia tokak tong sampah..adisss
Ngapa berlaku sedemikian rupa?..mudah je jawapannya..sebab sam[ah tidak ada waktu yang tepat untuk dipungut..berasa nak datang hari kamis datang hari kamis berasa nk punggut hari rabu mari hari rabu..ni YB or Ketua kampung kene amik tahu i..dah lama berlaku sebenarnya..plslah take mender2 camni..
Sunday, April 22, 2012
sejak sekian lama menyepi, kini kembali dengan sesuatu yang diharapkan segar sentiasa..kb baru mengalami perubahan dari kalangan pentadbirannya ,saya bukan dalam kategori pentadbir kg baru ini adalah disebabkan saya telah dikeluarkan dari exco pentadbiran jkkk...tidak mengapalah..pada saya ruang yg diberi saya gunakan sebaik mungkin..saya akan teruskan apa yang telah saya usahakan mungkin agak berbeza dari penampilan awal.
Kg baru diwarnai dengan pelbagai latar belakang yg menarik..dari masyarakat asal orang terengganu tulin, kini telah bercampur dengan masyarakat luar atau mereka yg bermastautin disini seperti pekerja Petronas Optimal Kerteh Port dan sebagainya..syarikat sampingan juga menyebabkan banyak orang luar berhijrah malah bekeluarga disini..
Bagi menampung kehidupan banyaklah perumahan didirikan rumah teres yg dibiayai kerajaan swasta atau yg membina sendiri telah merancakkan kehidupan seharian.lihat sahaja kereta mewah yang ada dikawasan ini..banglo yg hebat2 tesergam indah..seolah olah kawsa Kg Baru ini kawasan elit..Taska tadika taman asuhan semua bercambah naik sesuai dengan keperluan semasa.
Ada positif dan negatifnya berada dikawasan sebegini..sebagai orang kampung biasa.belenggeng tanpa baju perlu dielakkan..maklum kalo bekain pelikat tanpa baju keluar rumah nanti jiran kata semacam pulak..sikap aku engkau makin menebal..dikawasan perumahan maklum masing2 malas menjaga tepi kain orang..nak menegur pun susah..ye tak ye senyum dahh terus masuk rumah..ok sambung lain kali...:) pis yoww (maharaja lawak)
Subscribe to:
Posts (Atom)