Thursday, May 10, 2012
Menara Yayasan Islam Terengganu
Korang pernah ke sini?..atau belum pernah?..bangunanan ni terletak di Alamat: MENARA YAYASAN ISLAM TERENGGANU, TINGKAT 9,10 & 11,. JALAN SULTAN OMAR. KUALA TERENGGANU. TERENGGANU. 20300 ...
Apa ada kat bangunan ni?.ianya terdapat pejabat CIDB , SSM, KOPYIT hanya sebut beberapa nama sahaja...ini kadang2 kalangan kita tidak tahu kat mana pejabat CIDB kat Kuala Terengganu, nak claim nak perbahrui kad hijau dan segala macam urusan..jgn risau..mengikut pengalaman aku yang dah 2-3kali berurusan mereka semuanya mesra alam, seperkara yang aku nak ingatkan korang , bila berurusan hal2 macam ni bawalah orang rumah atau anak2 yang boleh faham untuk berurusan, bukan apa, bila berlaku sesuatu yg tidak diingini..mereka tahu mana nak tuju, kat mana nak berurusan..tidak mengharapkan orang lain..kadang2 mereka bukan tolong saja saja..fahamkan?..:)
Makan sajer
Dah menjadi tradisi sestengan kalangan kita, makan diluar sesekali memang best. terutama bersama keluarga atau kawan2, baru2 ni aku ke Gerai Ikan Bakar Kat Kuala Kerteh, aku seperti biasa oder apa yang patut, hampir selesai makan, seorang wanita cina yg ramah sambil berkata "wahh banyak makan saya oder tak habis banyak sangat..ingatkan siket.order saya datang seploh orang boleh mkan duapuluh orang woo" katanya dlm keadaan gembira dalam kekenyangan..saya bertanya pada dia datang dari mana?..katanya dari Kuantan..ini first time datang kami check in Awana dia orang kata sini ikan bakar best dan murah...aku mengangguk..aku beritahu dia mungkin you datang sepuluh orang dan order satu makanan untuk sepuluh orang tentu banyak...betul2 kata dia pada aku..ooo lain kali saya sudah faham datang 10 order utk 5 org saja...yup betul kata saya....sebenarnya hepi juga bila ada orang memujikan makanan disitu banyak dan sedap..sebab yang mengusahakannya tu orang Kerteh jati.bukan import mari...Tahniah pada aku aku bangga bangsa aku berjaya..:)
Tuesday, May 8, 2012
1 Malaysia Chopper
Mungkin ada kalangan korang belom pernah tengok chopper 1Malaysia..haaa inilah rupanya..besau mantap buatan pembuat motosikal chopper ternama Orange Country Chopper yg diketuai oleh Paul Senior, diserahkan pada 23 Mac 2012 yg lalu dalam satu majlis gemilang.apapun korang saksikanlah hik3...
Monday, May 7, 2012
BR1M
Dalam rondaan kampung hari ni memang berbaloi, kebetulan hari juga adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di adakan didewan sivik Kerteh (org sini sebut Ketey)..hak3.aku lihat berbagai gelagat yg terdapat waktu itu..duduk conggok..duduk melanggut isap rokok berbual dgn rakan2 lama ada juga yang dah setahun tak jumpa tiba tiba berpeluk sakan cium pipi riangnya mereka..ada juga warga emas yang dipapah oleh dua anak mereka turut datang menerima BR1M..ada juga rakan2 yang tak bertemu sekian lama bersembang sambil menceritakan perihal masing2..dulunya bersuami sekarang dah kembali sendiri, dulu sendiri sekarang dah 2-3 anaknya...begitulah lumrahnya..sempat juga aku meminta penerima menunjukkan surat yang mereka dapat utk aku rakam sebagai tontonan korang semua..tapi baucher aku takdapatnak rakam..eh korang pun mungkin dapat kot hak3..apapun selamat membaca..ngeh3
Indahnya Hidup Bekeluarga
Salam sejahtera, hari ni aku cuti, maka ada ruang untuk ronda kampung,mencari sesuatu utk ditulis agar anda korang dapat menatapnya apabila kesini..takler boring sangat keh3..aku ronda sampai ke Kapong (sebut kapong ni ,org ketey tahhu selalu doh duaner keh3) lalu depan Dewan sivik terpampang poster ni..Wahh Penceramah mmg diminati W.Akashah dan Isteri Siti Nur Bahyah.. melalui tajuknya aku agak patutnya semua golongan perlu hadir..yg bujang..,yg belum kawin duuuuwa hak3... , yg nak kawin hatta yang dah kawin pun.memang patut sangat datang..kerana saban hari kita dengar tentang keruntuhan rumah tangga..tak kira golongan..muda atau tua , yang dah 20-30tahun kawin ttp bermasalah jadi dengan ceramah yg ada depan mata ni elok sangatlah kita luangkan sedikit masa utk majlis ilmu ini..ajak suami atau isteri.nescaya.makin erat hubungan nanti..silaturahim pun bertambah utuh nanti..InsyaAllah.
Saturday, May 5, 2012
Biawak
Reptilia yang memakan sisa buangan atau bangkai..aku jumpa ni di longkang belakang tempat aku tinggal, biasanya kecil jer tapi yang ni agak besar ,gemuk, zahirnya nampak sihat..kalo tak sihat pun takkan dia nak klinik hik3..apsal cerita biawak pulak hari ni?..keh3, yang aku nak sampaikan adalah bukan sahaja penduduk kampung baru ni ramai yang mewah dgn rumah yg besar2 makanan yang banyak dengan rezeki yang melimpah ruah, kesannya ,reptilia ini juga mendapat tempiasnya..dengan memakan sisa yang kita tinggalkan atau yang kita biarkan..itulah kebesaran Yang Maha Kuasa..apa yang diciptanya ada peranannya tersendiri..chewahhh..hak3..adakala kita takutkannya mungkin juga kita membencinya..tapi dia ada tugasnya sendiri dibumi ini.jadi biarkanlah dia hidup..:)
Tuesday, May 1, 2012
Mu mu .Aku aku
Salam sejahtera, dewasa ini Kg Baru Kerteh merupakan penempatan pekerja petroliam nasional petronas yang memiliki rumah bagaikan istana, sementara penduduk asal bagaikan rumah setinggan..tidak dinafikan sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain semakin menular..disebabkan waktu kerja yang berbeza cara hidup yang berbeza yang hanya satu penyatu dan tempat bersembang paling sesuai adalah surau atau masjid..Kg Baru sangat terkenal dengan surau biru..bagaimana pun jika melihat kedalamnya hanya 2% orang tempatan selebihnya orang mendatang..ini menyebabkan semakin renggang hubungan antara masyarakat setempat..mungkin rasa rendah diri yang sangat kuat menyebabkan sikap mu aku semakin menebal..mungkin ada sesuatu yang akan mendekatkan kembali silaturahim yg semakin tercemar ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)





