Tuesday, October 30, 2012

Berbasikal kita jomm



Meninjau Kekampung yg lama aku tak tengok waktu siang..sebab aku keja pergi gelap balek gelap....rama juga mereka yang berbasikal, sukan yg menyihatkan badan..kalo dulu aku selalu tengok mereka selalu lepak kat  warung bawah pokok depan Atkah Songket..sekarang dah lama tak nampak...cuma sesekali terserempak dengan aku mereka ke kawasan bukit melalui bawah laluan keretapi, bagaimana pun masih terdapat kegiatan ini dilakukan bersama keluarga.. kalo dulu basikal adalah kenderaan utama kat kampung2..tapi diangakat sebagai aktiviti riadah..kanak org dewasa masih meminati basikal..cuma sekarang basikal lebih mahal berbanding dahulu..dulu RM 200 kita dapat sebuah basikal yang lengkap..dengan lampu pangking..loceng tongkat ada yg siap dgn bag sekali kat tempat duduk....hak3

Sekarang RM1k basikal yg kita beli adalah basikal togel..ekekeke ..yg ada bodi kering keh3...ramai jugak org beli hak3...tapi itulah bezanya..basikal riadah dan basikal utk buat kerja..yg dulu bukan main berat...sekarang nilai besinya ringan..itulah perubahan demi perubahan..yang kita sempat lalui... mungkin tidak lama lagi kampung baru akan menganjurkan acara berbasikal..mana tahu mereka dapat ilham utk melaksanakannya..semoga acara begini akan diterapkan sesuai dgn acara2 lain yg terdapat di Kg baru ini. dan difahamkan juga Kg baru rasanya ada kelab basikal sendiri kalau tak silap Kerteh Cycle Club..semoga kerja sama mereka dapat bekerjasama dgn Kementerian Belia dan Sukan menjadikan acara berbasikal ini suatu kenyataan.

Saturday, October 27, 2012

Burung Wak wak

Ada yang panggil burung wak wak ada yang panggil burung kuwa..tapi adalah makhluk yg sama, terdapat dia kawasan berair..kat Kg kita ni dijalan mawar selalunya ada burung ni, memakan unggas yg ada di kawasan berair , mungkin anda tiada masa utk melihat aksinya..sekurang kurangnya anda tahu Kg kita ni ada pelbagai spesis hidupan yg cantik..tapi ada gak yg pasang perangkap ..dan buat lauk....:)

Thursday, October 25, 2012

Seni Batik

Batik Tenunan Melayu, semakin dihargai dan semakin dipelbagaikan atas kreativiti individu yg berminat dgn karya tersendiri..kalau dulu hanya kain berbagai rupa dan corak , kini batik di dipelbagaikan diabadikan dgn pelbagai cenderamata , purse, wallet,samul buku, tali pinggang semuanya dikreatifkan semata mata supaya ianya tidak statik dgn satu perkara sahaja..tahniah..semoga batik terus maju kepersada dunia..Syabas

Thursday, October 4, 2012

Fikir fikirkan

Yang berlaku itu ada hikmahnya..cuba baca dan renungkan dengan seketika..copy paste dari Malay Delima

http://mblockage.blogspot.com/2012/01/kenapa-nfc-dikecam-dan-disabotaj-dengan.html

Sunday, September 30, 2012

Firefly

Kapalterbang ini adalah sinonim dgn Kerteh, membawa pelbagai penumpang pengangkutan udara yang sgt diperlukan bgi sesetengah org..sekitar 15minit dari Kg baru kerteh pernah anda menaikinya?

Friday, September 14, 2012

Bonggol

Salam sejahtera, hari ni nak bercerita fasal bonggol..kat kampung baru ni kalau tak silap dah bertahun tahun request bonggol ni..kalau boleh semua taman atau laluan nak dobina bonggol...kenapa?..sebab mereka yg mempunyai kenderaan motor ker kereta ker.memang tak reti nak slowkan kenderaan masing2..walaupun tahu ..itu kawasan perumahan..bila kena lubang hidung sendiri..haaa baru bising bangor.nak bina bonggol,.kalau kita minta Jab yg berkenaan buatkan..mereka wat dono jer..bila mintak kat jkkk kata sudah minta..(memang dah minta pun cuma tak tahu bila boleh dapat).bila direct terus ke tukang turap jalan mereka kata kena ada surat dari jkkk...

Akhirnya dah susah sangat mintak tak dapat mintak takdapat..pakat buat sendiri..dah siap tak kiralah ikut spesikasi ke tidak itu no 2 yg yg penting buat dulu...bila dah buat tanpa kebenaran jkkk tanpa surat jkkk okay pulak..akhirnya ...........

Bila dah tebungkang sorang rakyat kampung kerana kemalangan dlm jalan kampung..baru semua simpang empat dibuat bonggol....itupun entah kelulusan siapa..entah siapa yang minta..YB?..Jkkk?..org persaorangan?..kalau dibuka surat minta dibina bonggol campur dengan jenis cakap tak pakai kertas..rasanya banyak tempat yg sepatutnya telah dibina bonggol ni..

Apakah lokasi yg dibina itu sesuai atau tidak? entah...tapi bagi mereka yg sentiasa melalu jln2 dlm kampung ni mesti tahu mana yg perlu mana yang tidak perlu..

Jalan kebun sayur atau Jln mawar dah bebuih doh komplen..bebuih macam orang kene penyakit gila babi...sama jer..tiada pembaharuan..pecah tebelah , jln kecik..begitulah dari dulu..mungkin nak tunggu kereta atau bas masuk longkang haaa baru nak repair atau besarkan..opss bajet tader kot keh3..apapun saya menulis demi orang yg tinggal dikawasan ini..terima kasih kerana membaca dan terima kasih kerana war warkan.


Saturday, September 8, 2012

Taman Teratai Kg Baru



Mungkin anda biasa tengok kat mana teratai ni selalu ada..mengeluarkan bunganya memnuhi ruang longkang dijalan Mawar..cantik..anugerah Allah kepada yg ingin menikmatinya, kepada fotografer yg nature mmg terpikat dgn teratai ini..dan kta dapat lihat bagaimana cantiknya apabila mereka mengambil gambar teratai ini..tapi bagi saya komera hp jerr..keh3...