Sunday, July 29, 2012
Apabila gagal mengawal kemahuan
Kadang2 takpernah terfikir oleh kita pergaduhan keluaga sampai nak membunuh..tapi dunia dah berubah..mentaliti kita juga berubah,,samada kearah kebaikan atau sebaliknya..kalau dulu bimbang rumah dimasuki pencuri..tetapi sekarang pencuri memang dah ada dalam rumah..kalu dulu takutkan orang jahat dan sebagainya..tetapi sekarang semuanya ada dalam rumah..ada yg bunuh ibubapa..ugut adik beradik..semuanya kerana mengejar kehidupan cara sendiri..hilang akal fikiran kerana mabuk, dadah dan sebagainya..semoga dibulan yang mulia ini..kita diampuni dgn memohon bebanyak keampunan dariNya..Aminn
Saturday, July 28, 2012
suatu pagi
Masa nilah paling seswai korang dah bangun sahur tu pegilah ketepi pantai ..hayati indahnya ciptaan Yang Maha Esa..mungkin masa lain korang sibuk bergegas nak bertugas..mungkin korang nak beribadat lagi..tapi bila ada ruang pergilah..kerana betapa bertuahnya kita dapat enikmati ciptaan Ilahi ini..
Thursday, July 26, 2012
Kampung kita
Pok Mat Sirih..sebut nama ni memang orang Kg baru kenal sangat, kerja dia adalah menanam sayur..tekun dia bermula beberapa tahun dulu hingga sekarang beliau terus tekun dengan tanaman sayur yg berbagai..ada lagi nama lin selain dari pokmat..pok embong,pok rani..hari ni saya fokus pada pok mat..menanam sayur di rezab tanah longkang yg telah menjana pendapatannya..itulah sumber utamanya..sebagai orang lama dan tentu sangat faham sejarah Kg Baru ini....Tanah dikampung baru ni atau dulu dikenali Bangsal Arang orang kata tempat jin bertendang, walhal disitu adalah ladang kelapa..tetapi oleh kerana tiada orang tinggal kat situ makan di beri gelaran tersebut...ketika itu tanah di situ sangat murah..seperti tiada nilai..pernah berlaku seorang menukarkan tanahnya dengan hanya sebuah radio transistor...hik3..bayangkan nilai tanah masa itu..jalanraya?..kita boleh tidor baring atas jalanraya jarang sangat ada kereta lalu kat situ..itu dulu..:)
Sekarang..pembangunan yg pesat seakan penghuni asal Kg Baru mcm setinggan, kerana kerteh yg yg dianugerah komplek pemprosesan minyak menyebabkan ramai orang luar datang berkunjung..harga tanah mendadak menjadi tinggi yg tepi jalan nilanya mencecah 100k..yg terima radio dah mula nak pulangkan radio..yang ada duit mula membeli tanah dan tanah..yang ada tanah mula sibuk nak jual tanah...tapi Pok Mat rilek jerr..terus melihat arus pembangunan Kg Baru..beliau tetap begitu..kerana saya pasti beliau sangat bersyukur apa yang diberikan kepadanya...Tahniah Pok Mat
Sunday, July 22, 2012
Kampung Kita
Ini adalah sebahagian dari jalan sekitar Kg baru jalan ni adalah pecahan dari jalan kg chabang..paling mudah jalan ni adalah laluan ke rumah Dato' Kor kita terus ke jalan Tanjung..ini merupakan sebahagian jalan yg rosak..mungkin pandangan kita hanya sedikt dan dianggap remeh ada juga yg akan kata kat lain lebih teruk dari ini...jika begitu pemikirannya..anda bukanlah dikalangan yang layak utk jadi pemimpin..tetapi jika masalah kecil ini diurus dengan sempurna maka sepanjang jalan ini akan selamat digunakan..selamat untuk poket pemandu,..selamat dari kemalangan kecil atau besar..
Sikap sesetengah dari kita memang pelik, rumah kita memang kita bersihkan..kadang2 hanya dibahagian hadapan kat belakng rumah fuhhh macam dalam hutan..ada juga yag rumah nya sangat bersih ..tapi buang sampah macam ni haa...lempar ikut cermin kerete jer..akibatnya..sampah bertaburan merata rata...bila malam datang pulak sang khinzir berpesta lagilah mengharukan keadaan.ditambah sikap kontraktor pemungut sampah pulak acuh tak acuh menjalankan tugas maka yang menanggung bau busuk adalah mereka yg berhampiran dengan tempat buangan ini..
Ini adalah jalan Mawar..(sebahagian sahaja) rasanya dah banyak kali disuarakan tetapi masih senyap ..tiada khabar berita yang mengembirakan..mungkin anda dah melalui kawasan ini..dan telah faham situasi ini..jalan yg sempit..berlubang lubang..tak mampukan mengarahkan suoaya diletakkan tar yang dah bertahun tak diberi perhatian..?? mungkin anda kata sedikit..cubalah anda lalu sepanjang jalan mawar ini..pada yg bertanggungjawab..leraikan masalah ni..
Thursday, July 19, 2012
Sumbangan anda diperlukan
Aku jumpa ni semasa berhenti solat kat Cherating..jadi aku pun nak kongsi lah dengan korang..tapi kalo ada yg dekat2 nak bagi lah yg dekat dahulu ya?...hik3..dalam menyebut fasal sumbang menyumbang ni..kalo korang nak bagi, bagilahhh yg masih elok..jgn bagi kain buruk..kain perca..kain yg nak buat lap lantai..Please lah echehhhh omputih le pulakk ekekke..mengikiut pengalaman aku..banyak dah yg aku jumpa sebahagian penderma pakaian ni bagi baju yg dah koyak rabak bau pun mak aii..hiii..menyampah aku nak sebut hik3..
Jadi korang kalo nak derma bagi lahhh yg elok dan masih boleh digunakan lagi..takler susah nak upah orang nk asingkan mana baju yg boleh di gunakan dan kain buruk yg penderma sumbat sekali..cam tong sampah pulak..aku berpesan pada diri aku jugak..apa2 yg nak kita bagi bagi yg terbaik..sahaja..
bukan tak ada bagi yg sangat baik ..ada..siap gosok lagi..yang paling best masih dalam plastik masih ada tag bergayut belum pernah di pakai pun ada..memang respek lah.. terbaik punyaaa..kita bagi yang terbaik insyaAllah , Allah SWT akan akan bagi yg terbaik utk kita..saya ingin tuan puan pun tentu ingin..tapi kalo korang dah dapat bonos 5-6 bulan..dapat duit riban2 melalui FB..haaa ni le masanya utk korang mendermakan ada brani??..keh3..
..jom menyumbang..:)
Tuesday, July 17, 2012
Terima Kasih Kerajaan
Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi subsidi letrik..mungkin nanmpak kecil tapi kesannya besar..terutama kepada perasaan, pandangan rakyat kepada perkara ini..bagi yg berduit mereka anggap ini tiada makna..tetapi bagi rakyat yg kais pagi makan pagi, yg kurang upaya..yang dibuang kerja..yg perniagaan nya tidak berapa menjadi..ianya suatu yg sangat diharapkan..jadi mereka yg ingin menikmati apa yg kerajaan bagi..jomm gunakan sejimat mungkin..Terima Kasih Kerajaan.
Sunday, July 8, 2012
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Kepada kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga puasa kita lebih sempurna dari tahun tahun sebelumnya..Amiin
Thursday, July 5, 2012
curi nescafe
Sedihkan?..sedih kerana budak ni dipenjara kerana mencuri..taklama lagi umat islam akan menyambut ramadhan..bayangkan perasaan ahli keluarganya..kadang2 berfikir tanpa waras makan jadilah begini..memang mmenghairankan..anak Malaysia ditangkap kerana mencuri..sedangkan pendatang asing mampu kaya raya diNegara kita ini..jujurnya kita perlu berhijrah..pergilah kemana mana..nescaya kita juga akan jadi terhebat..bia kita berada diNegeri org kita akan tabah dan kental dgn cabaran yang mendatang...semoga anak2 kita terhindar dengan kisah sebegini..
Subscribe to:
Posts (Atom)