Thursday, July 26, 2012

Kampung kita


Pok Mat Sirih..sebut nama ni memang orang Kg baru kenal sangat, kerja dia adalah menanam sayur..tekun dia bermula beberapa tahun dulu hingga sekarang beliau terus tekun dengan tanaman sayur yg berbagai..ada lagi nama lin selain dari pokmat..pok embong,pok rani..hari ni saya fokus pada pok mat..menanam sayur di rezab tanah longkang yg telah menjana pendapatannya..itulah sumber utamanya..sebagai orang lama dan tentu sangat faham sejarah Kg Baru ini....Tanah dikampung baru ni atau dulu dikenali Bangsal Arang orang kata tempat jin bertendang, walhal disitu adalah ladang kelapa..tetapi oleh kerana tiada orang tinggal kat situ makan di beri gelaran tersebut...ketika itu tanah di situ sangat murah..seperti tiada nilai..pernah berlaku seorang menukarkan tanahnya dengan hanya sebuah radio transistor...hik3..bayangkan nilai tanah masa itu..jalanraya?..kita boleh tidor baring atas jalanraya jarang sangat ada kereta lalu kat situ..itu dulu..:)



Sekarang..pembangunan yg pesat seakan penghuni asal Kg Baru mcm setinggan, kerana kerteh yg yg dianugerah komplek pemprosesan minyak menyebabkan ramai orang luar datang berkunjung..harga tanah mendadak menjadi tinggi yg tepi jalan nilanya mencecah 100k..yg terima radio dah mula nak pulangkan radio..yang ada duit mula membeli tanah dan tanah..yang ada tanah mula sibuk nak jual tanah...tapi Pok Mat rilek jerr..terus melihat arus pembangunan Kg Baru..beliau tetap begitu..kerana saya pasti beliau sangat bersyukur apa yang diberikan kepadanya...Tahniah Pok Mat

No comments:

Post a Comment

Lembaran baru