Sunday, July 22, 2012

Kampung Kita

Ini adalah sebahagian dari jalan sekitar Kg baru jalan ni adalah pecahan dari jalan kg chabang..paling mudah jalan ni adalah laluan ke rumah Dato' Kor kita terus ke jalan Tanjung..ini merupakan sebahagian jalan yg rosak..mungkin pandangan kita hanya sedikt dan dianggap remeh ada juga yg akan kata kat lain lebih teruk dari ini...jika begitu pemikirannya..anda bukanlah dikalangan yang layak utk jadi pemimpin..tetapi jika masalah kecil ini diurus dengan sempurna maka sepanjang jalan ini akan selamat digunakan..selamat untuk poket pemandu,..selamat dari kemalangan kecil atau besar..

Sikap sesetengah dari kita memang pelik, rumah kita memang kita bersihkan..kadang2 hanya dibahagian hadapan kat belakng rumah fuhhh macam dalam hutan..ada juga yag rumah nya sangat bersih ..tapi buang sampah macam ni haa...lempar ikut cermin kerete jer..akibatnya..sampah bertaburan merata rata...bila malam datang pulak sang khinzir berpesta lagilah mengharukan keadaan.ditambah sikap kontraktor pemungut sampah pulak acuh tak acuh menjalankan tugas maka yang menanggung bau busuk adalah mereka yg berhampiran dengan tempat buangan ini..


Ini adalah jalan Mawar..(sebahagian sahaja) rasanya dah banyak kali disuarakan tetapi masih senyap ..tiada khabar berita yang mengembirakan..mungkin anda dah melalui kawasan ini..dan telah faham situasi ini..jalan yg sempit..berlubang lubang..tak mampukan mengarahkan suoaya diletakkan tar yang dah bertahun tak diberi perhatian..?? mungkin anda kata sedikit..cubalah anda lalu sepanjang jalan  mawar ini..pada yg bertanggungjawab..leraikan masalah ni..

No comments:

Post a Comment

Lembaran baru