Thursday, June 28, 2012

Power Segera

(Gambar hanyalah sebagai hiasan semata mata)

Kopi power,kopi tongkat ali, kopi untuk orang jantan, kopi untuk yang dah  janda.jus itu jus ini..(sekadar menyebut beberapa nama).macam2 jenama..bila kita perati..teliti betul2..agendanya sama sahaja isu nya adalah seks...dipromosi dgn pelbagai khasiat yg menakjubkan..mungkin pada yang serasi akan mendapat manfaatnya..yg tidak?..tetap tidak dapat manfaat darinya...kadang2 kita tertanya tanya..apakah ramuan sebenar yang terkandung didalamnya..apakah dengan menggunakanya akan terus mendapat kesannya?.

Inilah yang dikatakan stategi perniagaan, utk melariskan jualan..produk sebegini memang laris dipasaran.

Memang dah jadi lumrah..kita sentiasa hendakkan keputusan yang pantas....tak sabar. ..maka  perkara tersebut telah diambil kesempatan oleh mereka yang pantas membaca fikiran manusia..maka di letaknya bermacam macam benda benda yg aktif bahan terlarang atau perangsang yang akhirnya memudaratkan tubuh badan apabila umur meningkat..itulah lumrah sekarang..jadi korang kena berhati hatilah..


Bukan lah saya maksudkan jenama berkenaan tidak bagus dan tidak baik atau dikhuatiri kandungannya,
saya menyebutnya sebagai contoh yang berada dipasaran..memang ada kopi atau teh yang berada dipasaran benar benar mustajap aka power..tetapi perlu diminum berterusan baru mendapat khasiatnya.jadi kita selaku pengguna berhati hatilah yer?? pastikan produk berkenaan dilebel, tempat dikilangkan jelas, jika was was talipon pengilang yang tertera di kotak produk. ..berhati hati bukan setakat dijalan raya jer..keh3

Wednesday, June 27, 2012

Dengar Sikit JKKK


Mengapa MB berkata demikian?..itulah kebenaran..kenyataan yang tak perlu di tangkis..realiti yang memang berlaku..mungkin bukan semua JKKK sedemikian..tetapi yang kecil inilah yang akan menjadi besar dan akan mempengaruhi kepercayaan yang diberikan..melalui mata kasar pun kita dapat lihat apa yang berlaku..ada kemudahan tiada kesempurnaan..kemudahan yg sepatutnya mengembirakan, hanya mendatangkan masaalah.. kalau dapat projet tu agih2lah kat tabung JKKK ke..Buat majlis kesyukuran ke.. ada setengahnya pengerusi bahang sorang ajk kelak kelak butir mater...hak3,

Apapun aku dok ngater saper saper.. korang yang pegang jawatan..korang pandang dan nilai sendiri, korang kan orang yang terpilih ,memerintah kampung tanpa pembaharuan pun berat nanang gok rasanya....kalo braser dok reti nok tadbir, bagi orang lain tadbir,kalo berasa sayang elaun..buat keje mmolek.kalo nok elaun takmoh keje..baik berenti letak jawatan..nanti orang kata makan gaji buter...jadi fikir semula apa yang di katakan MB..yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..

Tuesday, June 26, 2012

makan

Waw..berkesempatan makan di sebuah resort berdekatan, memang best, sesekali company melaburkan untuk staffnya menikmati hidangan hi hotel ternama..hepi juga dapat datang bersantai dan mandi manda di sini bersama keluarga..apapn makan makan jugak tetapi kesihatan memang kena jaga sebab..Kita kat Malaysia ni banyaknya mati disebabkan makan..bukan mati tak cukup makan....Kat kerteh ni kedai makan 24jam buka..sepatutya makan sebelum maghrib..ni tak, jam 12mlm pun masih melantak..hak3

Sedap sangat kata kat orang melantak ..aku pun melantak cam korang gak malam2 pun kah3.. bila nak tidur haaa mula bepeluh  ..apa tak berpeluhnya..perut tengah proses makanan..panas le badan..haaa nak sejuk pasang ekon.tu kalo rumah ber ekon..kalo rumah guna ekon semulajadi..bukak baju le jawabnya.keh3..nasib baik sekarang time bola..boleh le nengok2 bola....kalo takder bola??....

Sunday, June 24, 2012

Astaka Yg Runtuh



Runtuh...meneliti sendiri melalui gambar yg disiarkan oleh sebuah akbar tempatan ini, mengapa astaka ini tumbang..perhatikan kedua gambar yang tertera..fokus pada tiang yang patah ..mungkin anda dapat membuat andaian nya tapi hanya andaian. untuk jawapan yang sebenar kena tunggu lapuran sebenar, kerana kita hanya melihat dlm gambar, bukan berada ditempat kejadian..semoga kejadian ini , tidak berulang dan berharap Terengganu tidak sinonim dengan runtuh2 ni..

Saturday, June 23, 2012

Bekas penyapu termahal

Begini lah rupanya, jika dah bosan akan sesuatu yang dahulunya kita suka sangat2..tapi bila retire maka inilah yang berlaku..takperlahh sekurang kurangnya ada jugak kegunaan secara tak langsung..multi la katakan keh3

Friday, June 22, 2012

Muzium Kemaman

Muzium ni bertempat di bangunan lama Maybank  atau pun berhadapan dengan stesen teksi Kemaman, beroperasi atau belum ?..rasanya belum sbb pintu depannya dah sebulan aku kesana asyik terbuka separuh jer..kalo korang nak tahu adalah beberapa info berkaitan muzium ada terpapar disitu..itupun info untuk muzium Negeri di Kuala Terengganu..apapun tahniah semoga Muzium ini menjadi kenyataan dan mendapat perhatian ramai suatu hari nanti..semoga ianya dibuka secepat mungkin sebagaimana Muzium di Dungun..Selamat maju jaya Kemaman.

Thursday, June 21, 2012

Visit Terengganu 2013


Apa persediaan kita selaku rakyat Negeri Terengganu bagi menyahut cabaran ini, ini merupakan peluang yang patut kita ambil dan nikmati bersama dengan limpahan pengnjung yg datang ke negeri kita, semoga kita sama2 meraih peluang yang ada, menjana pendapatan keluarga..besar cara besar kecil cara kecil.yg penting orang Terengganu mengambil peluang yang ada..:)