Saturday, May 26, 2012

Anyaman Mengkuang Kg Chabang


Salam sejahtera..beberapa hari ni agak sibuk mencari apa nak di suapkan dlm blog ni..tambahan intenet dirumah masih belum di repair kena kilat baru2 ni..aku ni jenis malas nak off bila dah guna..haaa AMEKKAWW..senyap terus modem aku keh3..hrmmm..nak kene beli baru le tu..adehhh..

Ok berbalek kepada topik harini, aku baru ni jalan2 ke Cherating dgn beberapa orang melihat cara mereka mengayam mengkuang, untuk dijadikan tikar..dari sebidang tikar..dibuatkan pula beg beg kecil..tempat letak surat yg berbagai bentuk..kerana mengikut peredaram masa..contohnya di buat gambar Angry bird dan sentiasa buat yang terkini..kerana pasaranya bukan hanya golongan kita melayu tetapi semua kaum..jadi rekaannya kena berbagai..pelanggannya dari org dewasa sampailah ke budak kecik..haaa tulah fasallll kena reka gak yg katun katun tuu..bagusnya mereka ni ramah tamah bercerita dan berspeaking orang putih sebutir dua..oklah..kadang2 mereka ni tak faham bahasa melayu..jadi kalau campur aduk tu bolehlah mereka faham udoh udoh..hik3..


Beberapa hari lepastu aku tinjau, aku terfikir nak ke Kg Chabang..singgahlah aku ni minum berhampiran dewan baru Kg Chabang..terpandang lah aku kat sorang makcik yang sedang menganyam tikar..aku pun terus kesitu bertanya khabar dan bercerita secara spontan..Hmm basicnya dah ada..cuma kena upgrade sikit lagi..memang akan mendapat sambutan...melalui jaring aku intai hasil tangan yg dibuat memang menarik dan boleh dipasarkan..mungkin perbincangan lebih teliti dengan mereka akan membawa satu dimensi baru untuk anyaman mengkuang di Kg Chabang Kerteh

No comments:

Post a Comment

Lembaran baru